
Sulit
4 tahun
Cirit birit pada kandungan 5 minggu
Hi doktor. Saya berusia 24 tahun dan saya tengah mengandung 5minggu. Sepanjang minggu ni perut saya rasa cramp, memulas, sebu dan nyeri (selalu kentut), dan tak selesa kan saya ialah setiap kali perut memulas seperti ada angin, mesti saya akan cirit birit. Adakah normal bagi seseorang ibu yang hamil pada awal kehamilan nya? Saya takut akan menjejas kan kandungan saya. Mohon pencerahan doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu cirit birit selama berhari-hari . Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall )untuk bercakap dengan pihak kami
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cirit-birit boleh disebabkan:
- Jangkitan pada usus
- Keracunan makanan lain
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Cirit birit yang kronik boleh menyebabkan anda kekurangan air. Jika perkara ini berlarutan, anda boleh mengalami dehidrasi dan ini akan mengganggu organ organ di dalam badannya.
Anda boleh klik pada link ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga.
Terima kasih.