
Sulit
5 tahun
Cirit birit.. Pening n kembung perut
Anak sy berusia 5thun… Sudah 6hri dia cirit n kembung perut… Adakalanya dia rasa pening n loya… Sy sudah pergi hospital… Docto telah amik darah n xada masalah tp cirit msih berlarutan walaupun sy dah bg ubat ors n smecta… Untuk makluman docto anak sy ciritnya berbuih… Adakah ia melibatkan usus? Buat masa sekarang dio masih lg aktif… Apa perlu sy buat… Sudah pergi klnik n hospital tetap sama…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, berak cair pada anak kecil boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alergi atau sensitif terhadap sesetengah jenis makanan . Ibu bapa sangat digalakkan untuk mengenal pasti makanan apakah yang dapat mencetuskan keadaan ini seperti susu lembu, udang dan sebagainya
- Jangkitan bakteria atau virus. Hal ini biasa terkena apabila anak mengkonsumsi makanan atau minumam dari sumber yang tidak meyakinkan mahupun bekas dan air yang tidak bersih yang mungkin mengandungi kuman.
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak seminggu lamanya, dan dapat menganggu rutin harian anak anda secara fungsional, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini sekiranya anak kelihatan lemah, tidak bermaya, demam, muntah, dan tidak lalu makan.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.