
Anonymous
4 tahun
Cirit birit .sakit perut
Saya lelaki berusia 33 tahun ,Saya cirit birit 4 hari tidak berhenti dan sakit perut…sudah jumpa doctor sebelum 4 hari cek darah dan ambil ubat…doctor cekap ada bakteria dalam darah …n doctor bagi ubat berhenti cirit birit n antibiotik…selepas ambil antibiotik .mulut dan lidah luka…tolong bantu saya doctor …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berdasarkan keterangan anda, anda berkemungkinan besar mempunyai alahan terhadap antibiotik tersebut. Kondisi ini dikenali sebagai Steven-Johnsson syndrome. Anda disarankan untuk berjumpa kembali pada doktor anda untuk rawatan selanjutnya.
Namun, terdapat juga sebab lain yang menyebabkan anda mengalami simptom tersebut lain seperti
- Penyakit radang usus seperti Crohn’s pada fasa ‘flare’
- Masalah pembekuan darah seperti Von Willebrand disease
- Jangkitan kuman dan bakteria pada mulut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda,mulut dan lidah anda mungkin juga disebabkan dihidrasi akibat daripada jangkitan anda. Oleh itu, selain daripada menurut arahan medikal doktor anda perlu tingkatkan pengambilan cecair seperti air kosong, sup, bubur dan kurangkan makanan terlalu manis atau masin.
Jika perlu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.