
cikdilatahir
5 tahun
Cirit birit sehingga keluar cecair kuning
Saya wanita berumur 27tahun dan mengalami cirit birit sehingga keluar cecair kuning dan berlarutan hampir 3minggu. Apakah masalah saya ya doktor? Dah makan pelbagai jenis ubat tetapi cirit birit masih berterusan.Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Oleh hal yang demikian, anda dinasihati untuk:
- Banyak minum air masak
- Elakkan makanan pedas dan berempah
- Ambil makanan yang lembut dan mudah dihadam
- Jaga kebersihan makanan dan tangan
Jika keadaan ini masih berlarutan, anda dinasihati agar pergi ke hospital terdekat dengan kadar segera. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.