
Sulit
4 tahun
Cirit birit selepas makan
Sudah seminggu saya mengalami cirit birit…klinik dan hospital pun sudah pergi tapi still sama…ubat²dari hospital dan klinik pun sudah makan…najis saya kejap cair kejap lembik cuma warna brown je…doc hospital cakap beri masa untuk pulih…ok xpe,saya tunggu…cuma sekarang kenapa bila setiap kali saya buang najis mesti rasa macam xselesa bahagian punggung?kenapa ye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, perasaan tidak selesa yang anda nyatakan pada bahagian punggung tersebut mungkin disebabkan oleh iritasi disebabkan oleh najis yang dikeluarkan dengan terlalu kerap.
Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh melakukan perkara berikut:
- Membersihkan kawasan punggung menggunakan air sejuk
- Menyapu krim sebagai lapisan perlindungan untuk mengelakkan iritasi di bahagian punggung
Sekiranya ketidakselesaan anda berlarutan, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Sekiranya anda mempunyai soalan lain, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam mengenai masalah anda daripada doktor kami. Terima kasih.