
nathasyakamal87
5 tahun
Cirit birit yang berpanjangan
Hi doc…
Anak saya berusia 6 bulan… sebulan yg lalu anak saya menghadapi cirit birit… sejak dr hari itu, pattern buang air besar nye telah berubah… sebelum cirit birit, anak saya akan berak 2-3 hari sekali… tp selepas kejadian cirit birit, anak saya akan berak at least 5 kali sehari… adakah itu normal? Selepas menyusu, anak saya akan berak… dan najis nye sedikit berlendir. Anak saya minum susu formula dan breast milk. Perlukan saya menukar susu formula ke lactose free? Apakah kesan lactose free milk sekiranya digunakan untuk jangka masa yg panjang?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bayi akan buang berak lebih kurang 2-4 kali/sehari dan kadang-kal sehingga 5 kali/sehari. Bayi yang cirit-birit boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Alahan (contohnya pada susu formula)
- Minuman susu formula tidak dibuat dengan betul
- Selesema
- Penggunaan ubat seperti antibiotik
- Keracunan makanan (seperti susu formula tercemar)
- Kekurangan enzim(walaupun jarang berlaku seperti tidak dapat mencerna susu lembu)
Sekiranya susu formula yang digunakan mempunyai laktosa, ia mungkin tidak dapat dicerna oleh bayi pada umur 6 bulan. Dan tidak semua bayi berumur 6 bulan yang boleh mencerna susu formula berasaskan susu lembu. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Hal ini penting kerana anak anda mungkin akan mengalami dihidrasi dan ini sangat berbahaya. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda bagi pemeriksaan lanjut. Terima kasih.