
Anonymous
2 tahun
Cirit birit yang tidak berkurangan
Saya budak berusia 13 tahun dan saya mengalami masalah cirit birit sejak 2 hari lalu semasa saya pulang ke Kedah. Saya sehari cirit birit lebih dari 7 kali.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cirit-birit selepas mengikuti perjalanan atau pergi ke sesuatu tempat pada umumnya boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Keracunan makanan
- Jangkitan gastro-enteritis
- Sensitivity terhadap makanan
Anda dinasihatkan untuk mengambil air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. Anda juga dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera bagi mengenalpasti punca sebenar kepada gejala yang anda hadapi serta mendapatkan rawatan segera. Sekian.