
Sulit
4 tahun
Close contact pesakit Covid 19
Bolehkah seseorang yang close contact dengan pesakit +ve covid tetapi tidak mempunyai simptom meneruskan kerja harian atas arahan majikan atau perlu dikuarantin 14 hari di rumah? Ada situasi di mana diarahkan bekerja dengan alasan tiada simtptom.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Individu yang mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes yang disahkan positif boleh meneruskan kerja sekiranya sampel individu tersebut telah disahkan negatif dan bukannya hanya bergantung kepada tidak mengalami gejala.
Berikut merupakan jawapan am bagi soalan yang diajukan. Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini