
suhanaazlan7
5 tahun
Close contact with positif covid 19
Saya bertemu kawan saya Di Jb pd 16/3/2020.saya satu kereta dgn dia Dan makan bersama. Dan saya diberi tahu pd21hb dia positif. Saya stay Di Puchong Selangor.
Skrg ni utk confirm status kesihatan saya apa pelru saya buat. Saya nak buat swab test tp byk saya
call kalau x da syntoms diorg akan buat saringan shj. Mcmna saya nak tau saya confirm OK?

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Hospital kerajaan ada menjalankan ujian ini secara percuma namun terhad kepada mereka yang berisiko tinggi. Keperluan ujian adalah bergantung kepada risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini