
Sulit
4 tahun
Complex cyst in pregnancy
Saya 35y…saya ada buat upt check dn keputusan keluar double line…Bila pergi scan terdapat cyst…ada kah cyst bopeh mganggu keputusan upt

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, selain daripada kehamilan terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan keputusan positif pada ujian kehamilan yang dikenali sebagai positif-palsu (false positif) seperti:
- Fibroid pada rahim
- Parut pada rahim
- Struktur rahim yang abnormal
- Hamil luar rahim (Kehamilan ektopik)
- Cyst ovari
- Anda menggunakan kit ujian kehamilan dengan tidak tepat
- Terdapat masalah pada kit ujian kehamilan
- Ubat-ubatan seperti Clomid, Pergonal, Humegon, Repronex
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.