
Sulit
3 tahun
Confuse tentang kehamilan
Salam Sejahtera doktor,
Period saya sudah lewat 8 hari, saya jugak ada melakukan pregnancy test 3 hari lepas dan hasil ujian menunjukkan saya positif hamil tetapi 2,3 hari ini ada lendir bercampur darah keluar darah faraj saya, kuantitinya hanya sedikit dan tidak perlu memakai pad. Hari ini sudah masuk hari ke-3… kalau ikut pengiraan kalendar period saya, kehamilan saya baru berusia 5 minggu 3 hari tetapi mengikut pada pregnancy test clear blue kehamilan saya baru berusia 1-2 minggu…saya juga ada pergi ke klinik untuk buat scan perut, dan scan faraj tetapi doktor masih tidak nampak apa2, doktor cuma cakap dia tidak nampak apa2 dan rahim nampak tebal… Saya ingin bertanya kenapa ada perbezaan pada tarikh kalendar period saya dgn pregnancy test clear blue, dan apakah itu rahim nampak macam tebal? Untuk maklumat doktor jugak, saya tidak merasa apa2 sakit dibahagian bawah abdomen.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami faham bahawa anda keliru tentang status kehamilan anda. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa kaedah menghitung usia kehamilan, iaitu berdasarkan kaedah kalender, imbasan ultrasound (scan) atau melalui ketinggian puncak rahim. Kaedah kalender hanya sesuai untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap setiap bulan, kerana sukar untuk menentukan hari pertama haid yang terakhir bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur.
Kaedah imbasan ultrasound (scan) pula adalah lebih tepat berbanding kalender dan merupakan cara menghitung usia kehamilan jika lupa haid pertama hari terakhir atau haid tidak teratur.
Ketebalan dinding rahim akan berubah selama kitaran haid yang juga dapat dipicu oleh beberapa faktor misalnya kehamilan. Kebiasaannya, rahim yang tebal ketika kehamilan sebelum 5 minggu adalah normal, namun ia juga boleh terjadi disebabkan oleh kondisi kesihatan yang lebih serius, seperti:
- kehamilan ektopik
- risiko kanser
Anda dinasihatkan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.