
Sulit
5 tahun
Congenital hypothyroid
Saya wanita usia 28 tahun untuk tahun ini. Pada tahun 2017 ketika mengandung usia almost 6m,saya dapati leher saya da ketulan kecil. Kemudian saya beritahu suami saya leher sy bengkak. Jadi esoknya, saya buat blood test utk check TFT saya dan result dapat menunjukkan T4 saya abnormal but TSH sy normal. Saya dirujuk ke hospital tempat dimana sy bersalin tetapi mereka tidak beri apa ubat untuk saya. Sehingga lepas bersalin bengkak tersebut telah membesar hingga 4cm. Rawatan biopsy telah dijalankan dan hasil report mengatakan ianya bukan kanser, hanya bersifat sementara sahaja. Tiap 3bulan follow up dan bengkak jd kecil sehingga 2cm dan saya di discaj begitu sahaja tanpa on apa2 ubat pun. Bru2 ini saya ada repeat buat blood test for my TFT n the result menunjukkan semuanya normal. Jadi pertanyaan saya disini, tiadakah ubat untuk kecutkan bengkak leher saya ini? Dan adakah bengkak ini boleh hilang tanpa makan ubat or pembedahan? Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, bengkak tersebut boleh hilang atau kekal bergantung pada individu. Memandangkan bacaan ujian tiroid anda normal dan saiz bengkak tersebut semakin merosot. Hal ini merupakan penanda aras yang baik.
Namun, jika anda mengalami kesukaran bernafas, menelan makanan, hilang berat badan secara mendadak, anda harus mendapatkan rawatan lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.