Sulit
3 tahun
Consume ubat buasir & folic acid
Saya wanita 25tahun. ada makan folic acid, baru start sbb lagi 3bulan nak berkahwin. Tapi dalam masa yg sama saya ada makan ubat buasir, saya nak tanya boleh ke consume dua ubat ni? Saya mmg tkde ambil ubat lain selain folic acid & ubat buasir.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk maklumat anda, tiada masalah untuk anda mengambil folic acid. Namun begitu, maklumat mengenai sebab anda menggunakan ubat buasir perlu diketahui. Anda tidak digalakkan untuk mengambil ubat buasir tanpa indikasi.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda sekiranya anda mempunyai masalah buasir atau sembelit.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.