
Sulit
4 tahun
Consume ubat sembelit
Saya dh makan ubat sembelit oleh doktor yg sarankan , saya cirit setiap kali makan ubt sembelit dn saya rasa mcm ade wrna hitam di cirit saya itu . Apakah itu disbbkn pemakanan saya sebelum ini

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah najis berwarna hitam boleh disebabkan oleh:
- Kesan sampingan ubat yang diambil
- Kesan daripada makanan yang berwarna hitam seperti milo dan sebagainya
- Kandungan iron yang tinggi dalam makanan atau ubatan
- Masalah pendarahan atau luka pada usus atau saluran pencernaan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.