Sulit
3 tahun
Consume ubat ubatan
Hi doc, saya baru sahaja kena rotavirus, muntah2 cirit birit & pening kepala. Sekarang doc ada bagi saya 4jenis ubat untuk makan, dalam masa yg sama saya sedang consume folic acid. Adakah boleh campur 4jenis ubat tu sekali dgn folic acid? Atau perlu stop seketika.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, ubat-ubatan yang perlu dielakkan pengambilan bersama folic acid adalah fenitoin, sulfasalazine, triamterene, chloramphenicol, methotrexate dan cotrimoxazole. Jadi, jika anda mengambil sebarang ubat tersebut yang disenaraikan, anda digalakkan untuk berhenti dahulu pengambilan folic acid dan fokus kepada rawatan gejala yang diarahkan oleh doktor anda.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih