
nursolehah189
4 tahun
Consume vit c setiap hari
Saya wanita. Berumur 20 tahun. Saya mempunyai masalah resdung yang agak kuat. Saya mudah terkena selsema. Saya jugak seorang yang alergik ada paracetamol. Panadol dan ubat tahan sakit. Jadi , saya mengambil vit c blackmore sebagai Supplement harian saya untuk merawat masalah pening , demam , selsema dan resdung saya … kerana hanya vit c tu shj yang dapat mengurangkan sakit saya. Dan menguatkan antibodi saya. Saya mengambilnya setiap hari 1 biji 500mg . Saya nak tnya. Adakah ia akan memberi kesan buruk kepada saya kerana tiap hari saya makan vit c … ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
[Vitamin C](http://Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini. Terima kasih.) sememangnya dipercayai dapat menguatkan sistem imunisasi tubuh badan, berfungsi mengekalkan kecantikkan kulit dan bagus untuk mata disebabkan oleh fungsinya sebagai antioksidan.
Anda seharusnya membaca kandungan dan kesan sampingan pengambilan vitamin C berlebihan pada pakej sebelum mengambilnya. Antara kesan sampingan yang berikutan suplemen vitaimin C ini ialah seperti:
- Kerosakan ginjal. Suplemen ini sangat bahaya kepada golongan yang mempunyai masalah dengan ginjal mereka. Hal ini kerana vitamin C berlebihan ini akan mengganggu fungsi ginjal dan lama kelamaan akan mengakibatkan kerosakan. Selain itu juga, suplemen vitamin C ini didapati boleh menghasilkan batu dalam ginjal dan ini boleh mendatangkan pelbagai masalah dengan saluran air kencing.
- Cirit-birit serta sakit perut. Vitamin C ini pula bersifat asidik. Jadi, ianya akan mengganggu saluran pencernaan dalam badan dan menyebabkan berlakunya irritasi yang akan membawa kepada terjadinya cirit-birit serta sakit perut.
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini. Terima kasih.