Sulit
5 tahun
Contact rapat dari P3 ke P2 dan telah dapat result RTK Negatif
Ahad (23.5.21) saya ada berbincang dgn seorang pakcik dlm masa lebih kurang 10 - 20 min… cuma msa tu kami tak memakai mask tak diberitahu pakcik yg anaknya tgh menunggu result swab.
Pada hari esoknya Isnin… pakcik call saya dlm jam 3ptg… bgtau anak dia positif covid dan dia sekeluarga diarahkan juga swab pd hari selasa (25.5.21)
Sy start kurantin kendiri bermula hari Isnin (hari dapat tau anak pakcik positif).
Tghari Khamis (27.5.21), pakcik mengesahkan dia sekeluarga juga positif dan saya terus ke klinik swasta dan buat Swab RTK. Alhamdullilah, result negatif.
Apa pendapat tuan, boleh ke saya bekerja spt biasa dgn penjagaan SOP dan boleh ke bersama dgn keluarga seperti biasa?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, walaupun keputusan anda negatif, disebabkan anda adalah kontak rapat kepada kes positif COVID-19 anda perlu melakukan kuarantin dan memantau gejala dan kesihatan anda, sekiranya keadaan semakin melarat, jangan lengahkan masa dan segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut KKM, kumpulan yang wajib membuat ujian adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala. Kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF.
Menurut KKM juga, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:
- Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
- Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
- Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
- Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) untuk bertanya tentang langkah seterusnya mengenai persoalan anda.
Talian CPRC :
0388810200
+60178429454
[email protected]
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































