Sulit
4 tahun
Contoh : telinga luka
Hi doctor, saya nak tanye ape yg patut saya buat untuk kwn saya dgn masalah sakit telinga. Bila korek telinga ada darah, esok nya korek lagi nak bersihkan darah nya dah jadi warna hitam then tiba2 sakit nya tu datang menyengat dari telinga sakit smpai rahang rasa ngilu nya . Dah check up, doctor kata bengkak sahaja. Yg lain takde pencerahan lebih jelas jadi apa yang patut saya buat untuk membantu dia dari segi makan yang ade guidelines dia or else?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan dalam telinga
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Kista
- Abses atau nanah
Rakan anda tidak dinasihatkan untuk mengorek telinga. Sekiranya dia merasakan seperti hilang pendengaran, sakit dan telinga berdesing serta demam, dia perlu segera ke hospital.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.