
Sulit
3 tahun
Contraction ketika menyusukan anak
Hi… Saya dh 37w.masih menyusukan anak sulung. Dah beberapa kali ketika menyusukan terasa sakit contraction. Tapi bila saya byk bergerak sakit tersebut tidak kerap… Adakah saya perlu ke hospital?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, anda menyatakan sedang hamil 37 minggu dan merasakan sakit contraction semasa menyusukan anak sulung, namun berkurangan apabila bergerak.
Memandangkan kehamilan anda telahpun sampai ke tempoh matang ketika ini iaitu 37 minggu,
terdapat kemungkinan besar bahawa sakit yang anda alami adalah tanda anda hendak melahirkan anak.
Oleh itu, anda perlu segera ke hospital untuk pemeriksaan dan persediaan sekiranya telah tiba masanya untuk anda melahirkan agar anda dan kandungan anda selamat.