
ilabiniromie
5 tahun
Covic19 - Bila perlu check di hospital
Rakan sekerja ada kakak yang dikategorikan sebagai PUI… Perlukah kami satu ffice check walaupun tida simptom?
Seorg lagi rakan ada pakcik yg juga tinggal serumah pernah bersalam da makan dengan pesakit covic 19 pad 8 mac yg lalu…

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda memandangkan rakan sekerja anda mempunyai kakak yang diklasifikasikan PUI. Bagi kes PUI, jika kakak rahan anda positif, rakan anda harus menjalani ujian saringan kerana dia diklasifikasikan sebagai kontak rapat. Buat masa ini, anda msih belum diperlukan untuk membuat ujian saringan. Namun, jika rakan anda menjalani ujian saringan dan dikatakan positif, anda sebagai rakan sekerja juga dikira kontak rapat dan harus menjalani ujian saringan tersebut, Ujian saringan dijalankan secara percuma di hospital kerajaan. Namun, ia hanya dijalankan kepada mereka yang berisiko tinggi kerana kekurangan tenaga pekerja dan kos ujian yang tinggi. Jika anda masih belum diklasifikasikan sebagai kontak rapat dan tiada gejala, mereka tidak akan menjalankan ujian tersebut kepada anda. Sila nilai risiko anda melalui kuiz berikut:
- Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini