
Sulit
3 tahun
Covid 19 adakah boleh positif lepas vaksin
Bolehkah ujian swabtest jadi positif covid selepas 6 hari cucuk vaksin Pfizer?.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, vaksin Covid-19 adalah bersih, selamat dan berkesan untuk menangani wabak ini. Ini termasuklah vaksin Pfizer. Vaksin ini menggunakan teknologi sebahagian mRNA-virus supaya antibodi manusia dapat mengenal dan melawan Covid-19. Ia tidak akan menyebabkan ujian swab positif kerana ia bukanlah virus hidup.
Walaubagaimanapun, ujian swab Covid-19 positif daripada RTK-Antigen mungkin disebabkan sejarah jangkitan sebelum ini. RTK-Antigen tidak akan positif disebabkan oleh vaksin.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini