hasanahsmart97
5 tahun
Covid 19 dan penerbangan dalam malaysia
Saya wanita berusia 23 tahun. Saya inigin bertanya. beberapa bulan lalu, mak ayah saya telah membeli tiket penerbangan ke Labuan untuk tujuan bercuti pada 28|3 hingga 31\3 depan. Namun pada waktu tersebut sekatan perjalanan belum dikuatkuasakan dan tiada peningkatan kes. Jadi saya ingin mendaptkan nasihat dan pandangan daripada doktor tentang perjalanan ini. Apakah tindakan yang sewajarnya kami lakukan? Nasihat dan pandangan daripada doktor amat kami hargai. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Buat masa sekarang, Labuan mempunyai jumlah kes yang rendah dan tidak mengeluarkan sebarang sekatan perjalanan. Ibu bapa anda masih boleh meneruskan percutian mereka dengan memahami risiko untuk mendapat jangkitan COVID-19 memang ada ketika menggunakan pengangkutan seperti kapal terbang atau ketika berada di kawasan yang ramai orang. Sebaiknya, anda menasihatkan ibu bapa anda untuk menunda perjalanan tersebut kerana kesihatan mereka adalah lebih penting.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































