
ct.naqiea
3 tahun
Covid-19 kuarantin dirumah
Saya positif covid pada 28hb julai 21 dan sudah tamat kuarantine dirumah pada 7hb aug 21…gelang pink juga telah dipotong…tetapi suami disahkan positif 5hari slepas saya disahkan positif, beliau tamat kuarantine pada 13hb aug 21… jadi boleh kah saya pergi ke kerja sebab, suami masih lagi kuarantine dirumah bersama saya… saya boleh sebarkn virus tersebut ke?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Untuk makluman anda, sekiranya anda telah disahkan positif dan telah sembuh, anda akan mempunyai imuniti terhadap virus tersebut selama 3-6 bulan. Maka, anda tidak akan dijangkiti dalam masa ini dan tidak akan menyebarkan virus kepada orang lain.
Sebaiknya anda merujuk kepada petugas kesihatan supaya status anda dapat diketahui dan anda dapat dinasihati mengenai langkah-langkah seterusnya. Anda juga dinasihatkan untuk tidak mempunyai kontak bersama suami anda yang masih kuarantin. Selain itu, anda perlu sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakkan sosial dan kebersihan tangan yang baik.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini