
Sulit
4 tahun
Covid 19 possibility
Saya pergi ke mid valley pada 9hb Oct lalu. Ada berita mengatakan ada staff disana positif covid-19 pada 11hb. Saya tidak ada kontak Rapat dengan beliau dan Di fahamkan staff tersebut tidak ada pada 9hb. Saya tidak ke premis berkenaan hanya berlegar sekeliling mid valley. Namun risau apakah Kami Yang berada di sana boleh terkena covid dan adakah Kami boleh dikira contaminated? Saya tidak menunjukkan sebarang simptom setakat ini.

4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Melalui keterangan anda di atas saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini terutama sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus kita perlu lebih menjaga kesihatan kita.
Anda tidak mengalami batuk dan bersin dan tidak melawat premis berkenaan.
Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas
- Sakit badan
Sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan seperti:
- dehidrasi
- common cold
- radang tonsil
- radang pharynx
- GERD
Akan tetapi, berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia ( COVID-19 Portal ) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini