
Sulit
4 tahun
Covid 19 selepas keluar ward
Sekiranya seseorg tu kena covid19, Dan sudah keluar wad dari kuarintin
adakah selepas keluar ward perlu tambahan quarantines dirumah?
selpas quarantines (keluar ward), Adakah clear utk dia mix around?
Adakah dia masih lagi potential carrier & Klau ya, brapa lama?
Adakah dia boleh di jangkiti lagi?
Adakah dia boleh menjangkiti orang lain?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham kebimbangan anda pada masa ini tentang wabak COVID-19. Untuk pengetahuan anda, pesakit yang sudah sembuh tidak perlu melakukan kuarantin tambahan di rumah. Anda menjalani hidup seperti biasa dan bersosial. Tempoh bahaya penyakit anda sudah tamat dan risiko untuk anda menjangkiti orang lain juga adalah minima.
Buat masa sekarang, tiada lagi bukti bahawa anda boleh dijangkiti semula. Oleh itu, anda perlu sentiasa amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini