
Sulit
5 tahun
Covid-19 Tak bersimtom
Kalau tak silap saya, ada pesakit Covid-19 yang tidak akan menunjukkan sebarang simtom walaupun mungkin telah tamat tempoh PKP/MCO nanti. Mereka ini mungkin merasa mereka bebas daripada virus Covid-19 dan tidak akan membuat sebarang saringan atau ujian Covid-19.
Soalan:
- Bukankah ini lebih bahaya sebab dalam diam, mereka adalah pembawa (carrier) virus ini dan akan merebak kepada orang ramai?
- Bolehkah virus Covid-19 pada golongan ini akan mati/lenyap dengan sendirinya kemudian? Dalam kata lain, bolehkah mereka sembuh dengan sendirinya atau mereka akan menjadi pembawa Covid-19 buat selamanya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera
Untuk makluman anda, menurut kajian dan pemerhatian pesakti COVID yang sediaada, tempoh inkubasi COVID-19 adalah sepanjang tempoh 14 hingga 26 hari. PKP berjalan selama sebulan. Tempoh ini sudahpun lanjut daripada tempoh inkubasi tersebut.
Malaysia tidak mempunyai kapasiti untuk membuat ujian kepada 33 juta rakyat Malaysia. Oleh sebab itu, hanya mereka yang mempunyai gejala akan didahului serta mereka yang berisiko tinggi. Jika difikirkan apa-apa penyakit sekalipun, mereka harus mempunyai simptom untuk dirawat lebih-lebih lagi COVID-19, buat masa ini hanya merawat secara simptomatik.
Saya faham kebimbangan anda, namun, belum ada kajian yang mengesahkan pesakit jenis carrier yang anda nyatakan dengan lengkap. Oleh sebab itu, doktor kerajaan sedang meneliti kapasiti negara untuk meningkatkan jumlah ujian saringan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini