
Sulit
4 tahun
COVID-19 Test, Di mana bolehkah saya dapat test tersebut?
Saya baru balik dari Amerika. Walaupun tiada sindrom, kompani menyuruh saya untuk menjalani COVID-19 test. Bolehkah saya tahu bahawa dimanakah saya boleh menjalani test tersebut

5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk pengetahuan anda, berikut adalah senarai hospital yang melakukan saringan kesihatan dan rawatan pesakit dalam bagi kes positif COVID-19 (Designated Hospital for COVID-19). Pihak hospital kerajaan hanya akan melakukan ujian COVID-19 kepada pesakit yang berisiko tinggi.
Anda boleh mengetahui risiko anda dengan melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home.
Anda boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Diharap jawapan saya dapat sedikit sebanyak membantu anda. Terima kasih