a.afiqahafandy
6 tahun
Covid-19 test result
Salam, ayah saya mengikuti jemaah tabligh pada 27Feb-1mac di Masjid Petaling. Balik daripada perhimpunan itu, ayah saya mengalami demam, sakit tekak dan batuk. Ayah saya sudah buat test screening hari rabu malam, 11/03/2020. Boleh saya tahu berapa lama masa diambil untuk mendapatkan result?Menurut ayah saya, doktor kata kalau +ve pihak hospital akan call. Jika -ve, adakah tidak diberitahu apa-apa result? Dan adakah sementara menunggu result, kami sekeluarga yang menetap di rumah sama perlu menjalani self-quarantine? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Untuk makluman anda, keputusan ujian COVID-19 biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya 2 hari. Anda sekeluarga kecuali ayah anda boleh meneruskan aktiviti harian seperti biasa. Anda tetap mengambil langkah berjaga-jaga. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih sekali lagi dan semoga ayah anda cepat sembuh.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































