
Sulit
3 tahun
Covid-19 vaksin Dan risiko pada mereka yang ada Masalah Hati/ buah pinggang
Saya wanita berumur 40 tahun dan Hepatitis V carrier. Tiada bergantung pada sebarang ubat Dan merancang untuk mengambil vaksin Covid-19 Astrazenica. Benarkah vaksin Covid-19 terutama dos ke-2 akan sebabkan reaksi pada fungsi hati/ buah pinggang? Bagaimana kalau kedua organ ini tidak berfungsi sempurna terhadap vaksin Covid-19? Apakah risiko ya & apakah persediaan yg perlu dibuat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda terhadap vaksinasi COVID-19. Berdasarkan kenyataan anda, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan pra-vaksinasi bersama dengan doktor untuk mengetahui sama ada anda layak untuk menerima vaksin tersebut ataupun tidak.
Berikut merupakan kesan sampingan vaksin COVID-19 ataupun vaksin secara amnya:
- Demam
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Lemah dan lesu badan
- Sakit, kemerahan, bengkak di bahagian suntikan
- Reaksi alahan
Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, masalah buah pinggang, masalah hati dan lain-lain, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk diperiksa dan mendapatkan nasihat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini