Sulit
5 tahun
Covid dijangkiti pada adik saya seorang m. A di clinic cameron
Adik sya juga m. A di cameron higland Bru d jangkiti covid oleh psakitnya namun tindakan hya kuarantin… Apkh ini dpt myelamatknya
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Bagi pesakit yang disahkan positif COVID-19, mereka harus dirawat dan di kuarantin di hospital. Oleh itu, nasihat adik anda untuk mengunjungi hospital. Dalam proses itu, pakai topeng muka, jauhi orang lain dan pergi ke bahagian isolasi. Terus nyatakan adik anda pesakit COVID-19 agar pihak hospital mengasingkan adik anda daripada orang awam. Selain itu, kontak rapat adik anda harus disaring. Kontak rapat terdiri daripada rakan sekerja, orang yang tinggal serumah.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































