
Sulit
3 tahun
Covid vaccination and can or not consume orlistat
Doktor saya baru lepas mengambil dos pertama pada 17/8 dan saya ingin tahu boleh atau tidak saya mengambil ubat orlistat atau minuman detox

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan pernyataan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai vaksinasi Covid. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kebanyakan ubat selamat diambil selepas suntikan vaksin Covid-19. Kajian yang terdapat pada masa ini tidak menunjukkan interaksi antara vaksin dengan ubat tertentu. Oleh itu, keberkesanan vaksin dan ubat tidak akan terganggu.
Namun begitu, sebelum anda mengambil sebarang ubat-ubatan tertentu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan informasi yang tepat. Anda boleh berhubung secara atas talian dengan doktor kami untuk mendapatkan informasi serta tindakan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini