Sulit
2 tahun
Covid19…sakit tekak
Hai…saya puan jamilah berumur 41…sebelom ini saya telah positif covid19…saya telah menjalani kuarintin di pkrc ipoh perak selama 10 hari…setelah hbis tempoh kuarintin saya telah pulang ke rumah dan membuat 2 kali test ujian covid19…hasilnya saya negative…tapi masok minggu ke 2 di rumah saya berasa sakit tekak…walaupon mkn ubat sakit tak hilang…saya risau dan buat test covid dan hasil negative…bos tempat kerja menyuruh saya start kerja memandangkn saya telah cuti lama…untuk info di tempat tinggal saya masih ada kes covid19…apa perlu saya buat…sata risau takot 1 tmpt kerja positif kerana saya…doctor tolong bantu saya.
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda sudah pernah dijangkiti COVID-19 dan dibenarkan pulang. Anda juga telah membuat ujian saringan 2 kali dan masih negatif. Kini anda risau kerana masih mengalami sakit tekak dan risau jika ke pejabat anda boleh menjangkiti orang lain. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, simptom yang anda alami selari dengan masalah long-covid. Bagi status keberjangkitan, memandangkan anda tidak lagi positif maka risiko menjangkiti orang lain adalah rendah. Lebih-lebih lagi jika anda sudah lengkap vaksinasi.
Bagi keterangan lanjut, perkara ini boleh dirujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini