Sulit
3 tahun
Covid19 tanpa gejala
Boleh dr jelaskan berkenaan jangkitan covid 19 tanpa gejala memandangkan isu ini sangat membimbangkan kerana pembawa tidak tahu dan tidak mrmpunyai simpyom sprt yg digariskan oleh WHO…
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa individu yang telah dijangkiti virus COVID-19 tanpa mereka sedari kerana mereka tidak mempunyai apa-apa simptom. Hal ini kerana, badan mereka mempunyai daya tahan imuniti yang kuat untuk tidak memanifestasikan simptom tersebut. Oleh sebab yang demikian, adalah bahaya untuk pulang ke kampung halaman ketika wabak ini masih aktif kerana kita tidak tahu jika kita dijangkiti dan terdapat kebarangkalian untuk kita menyebarkan virus tersebut kepada mereka yang mempunyai imuniti rendah seperti warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini