Sulit
5 tahun
Covid19. Trip to phuket on February 18-21
Saya wanita berumur 25 tahun. Ada perjalanan ke phuker pada 18-21 februari. Buat masa sekarang saya tiada simptom2 covid19, dan perjalan saya already past one month. Perlukah saya ke hospital untuk membuat covid19 test??
5 tahun
Untuk pengetahuan anda, jangka masa inkubasi (iaitu durasi bagi jangkitan ini menunjukkan simptom setelah menjangkiti seseorang) ialah 14 hari. Anda telah lebih daripada 14 hari pulang daripada Thailand dan tidak menunjukkan apa-apa simptom.
Oleh itu, tiada keperluan untuk anda mendapatkan ujian saringan kecuali anda mula menunjukkan simptom jangkitan. Tambahan pula, lawatan ke hospital untuk saringan menyebabkan anda terdedah kepada virus dan ujian ini juga dilakukan ke atas individu yang benar-benar berisiko kerana pengendalian ujian ini memerlukan kos yang tinggi.
Berikut merupakan gejala lazim yang dilporkan dalam individu yang terkena jangkitan coronavirus:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas
- Sakit badan
Berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































