
Sulit
4 tahun
Covid19: vaksin dan side effect PADA pesakit darah tinggi
Apakah kesan sampingan Dan dibolehkan diberikan kepada pesakit atau individu Yang mempunyai masalah 3 serangkai iaitu darah tinggi, kencing Manis Dan jantung atau Salah satu Dari masalah ini.
Kedua: sekiranya dibolehkan, pesakit Dari young hypertension turut diberikan keutamaan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung merupakan penyakit kronik atau mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti penyakit. Oleh itu diwajibkan untuk mendapatkan vaksin.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini