
Sulit
4 tahun
Cramp bukan waktu period
saya berumur 23thn, kadang2 akan datang cramp seperti sengugut waktu haid walaupun waktu itu seminggu atau 2 minggu selepas haid, tidak menentu. sakitnya juga datang mengejut. bahagian faraj dan punggung juga rasa seperti dicucuk dan kebas. kadang-kadang berlanjutan lebih daripada sejam.saya agak risau, sejak akhir2 ni, sakitnya kerap datang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala sakit di perut memulas dan berpanjangan boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Sembelit
- Appendisitis kronik
- Penyakit keradangan pelvik
- Penyakit keradangan usus
- Keradangan saluran/ pundi kencing - akibat batu karang atau jangkitan kuman
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.