
Sulit
3 tahun
Cramp satu badan ketika penat, stress atau demam
sy wanita brumur 28thn. dri umur 18thun sy ad masalah cramp stu bdn, selalu terjadi bila sy demam, terlalu stress atau terlalu penat. bila cramp tgn kaki akn jadi biru kesejukan dan kedua2 tgn mengeras seperti strok. mulut dan mata kejung tk boleh buka. tgn kalau nk buka sakit even sy lawan utk tidak kejung. sy sedar ketika cramp jadi, tidak pengsan dan bukan sawan. sebelum terjadi tnda2 yg sy boleh rasakan ialah mula kebas pada tgn dan seluruh muka. stiap kali terjadi, yg terdekat akn segera call ambulan terus kebahgian kecemasan. di hspital hny diberi oxygen dan masuk air. lepas stu ok semula tp bdn sgt penat dan sakit2 seluruh badan. disebabkn sy kne tidak kerap dlm setahun sekali jdi tiada rawatan susulan utk sy. ad yg dctor ckp strok haba, ad yg ckp kurang calsium, ad yg ckp tk kawal pernafasan dgn betul sbb sebelum terjadi serangan cramp tu muka tgn akn rsa kebas dulu dan nafas jadi sgt laju yg tk boleh dikawal wlaupun cuba utk bertenang. apakah punca sebenarnya? sehingga skg sy takut kalau berseorang tkut kalau terkne serangan tu sy seorang diri. please help me.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda sebutkan boleh disebabkan:
- Masalah ritma jantung seperti “atrial fibrillation”
- Penyakit keresahan
- Sindrom hyperventilation
- Penyakit hormon seperti hipertiroid atau “phaechromocytoma”
- Asma atau COPD (penyakit paru-paru sempit)
- Anemia - badan kurang sel darah merah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.