
Sulit
4 tahun
Ct value covid-19 tinggi
saya mempunyai CT VALUE 26, adakah saya telah lama dijangkiti virus covid19, berapa lama tempoh jangkitan yang telah saya lalui bagi jumlah CT VALUE tersebut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda ingin mengetahui tentang bacaan CT value dan sekiranya anda telah lama dijangkiti virus COVID19. Kami Akan cuba membantu anda.
CT (cycle threshold) atau nilai kitaran ambang pada ujian RT PCR COVID 19 merupakan salah satu kaedah bagi menilai jumlah virus dalam tubuh seseorang individu.
Untuk pengetahuan anda, nilai CT yang tinggi menunjukkan bahawa
- Kadar kebolehjangkitan berada di tahap yang rendah
- Jangkitan COVID-19 berada di tahap akhir
- Atau hasil bacaan yang memerlukan penilaian semula
Manakala, nilai CT yang rendah boleh menandakan
- Virus load yang tinggi
- Jangkitan COVID-19 dalam peringkat awal
- Kadar kebolehjangkitan yang tinggi
Walau bagaimanapun, nilai tersebut hanyalah anggaran berkenaan status seseorang individu. Tambahan lagi amat sukar untuk menilai tempoh jangkitan seseorang berdasarkan nilai CT semata-mata.
Oleh itu, anda disarankan untuk melakukan kuarantin kendiri dan memantau gejala anda dari masa ke semasa serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Hubungi kami secara atas talian bagi mendapatkan konsultasi sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah kesihatan.
Anda juga boleh menghubungi Talian CPRC di:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini