izzatisabrina27
6 tahun
Cth. bibir kering teruk
cth. Saya ada masalah bibir kering yg sangat teruk daripada tahun lepas sampai ke hari ini. Sekarang bibir saya kering sehingga ganggu saya ketika bercakap dan bila gelak kulit bibir saya akan terkoyak dan berdarah. Setiap hari saya geram dengan bibir yg kering ini sehingga saya suka mengupas nya. Saya tidak pernah bertanya pada doktor tentang masalah ini kerana nasihat yg selalu diberi ialah tidak cukup minum air dan lain lain g sering didapati. Ada beberapa orang pernah tegur saya punya bibir yg kering dan tapak tangan yg pucat sebab itu saya ingin merujuk ke doktor pakar. Saya dah minum air secukupnya dan sudah cuba pelbagai cara yg ada dalam internet tetapi tiada perubahan.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, bibir boleh menjadi kering akibat kekurangan minum air dan juga sering terdedah kepada cahaya matahari atau kerap berada dalam bilik yang berhawa dingin dan kering.
Anatara rawatan yang disarankan untuk mengatasi masalah ini adalah:
- Pelembap bibir bebas kimia
- Jauhi produk bibir dengan perasa, wangian, atau warna sehingga bibir anda telah sembuh
- Jangan kupas serpihan kulit dari bibir anda
- Sentiasa gunakan pelindung matahari SPF apabila anda berada di bawah sinar matahari.
- Minum air masak yang cukup dan elakkan dehidrasi
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara atas talian bagi sesi konsulatasi secara peribadi untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.




































