
Anonymous
5 tahun
Cth : Period berpanjangan
Saya berumur 21 tahun , sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak , selepas bersalin saya amik perancng suntikan depo … selama 3 bulan dari bulan 12 sampai bulan 2 tu saya uzur , selepas habis 3 bulan suntikan , saya stop amik depo bulan 2 lepas tapi masih period sampai sekrang … darah sikit2 , apa masalah saya ya doktor ??

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Berdasarkan , simptom simptom yang anda nyatakan dan anda mempunyai sejarah pengambilan suntikan depo kebiasannya ia akan dikaitkan dengan kitaran haid akan berubah.
Terdapat pelbagai kesan sampingan yang boleh disebabkan oleh pengambilan suntikan depo:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut.
- Haid mungkin akan mengambil masa dalam setahun untuk kembali kepada kitaran yang biasa
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.