
fasehanurul8
4 tahun
Cth.saya dh lebih 2minggu batuk kahak
Cth.saya 14 tahun bile saya batuk kahak tu ade darah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kahak berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- epistaxis (pendarahan dari hidung akibat dari pembuluh darah pecah)
- jangkitan paru-paru
- tuberkulosis
Sebaiknya anda merujuk ke doktor agar dapat ditentukan diagnosis sebenar dan supaya perawatan yang tepat dan efektif dapat dijalankan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.