
Sulit
4 tahun
Cuba hamil lagi selepas merancang
Sy ingin hamil. Sebelum ni ambil perancang iucd. Soalan sy, adakah lepas buka iucd, rahim sy jadi tidak subur? Ovulasi tidak berlaku?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Untuk pengetahuan anda, anda boleh menjadi hamil sebaik sahaja anda membuka IUCD. IUCD tidak akan menyebabkan ketidaksuburan anda. Namun terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan ketidaksuburan.
Punca ketidaksuburan bagi wanita
- kekurangan ovum atau ovulasi yang tidak teratur
- masalah organ-organ pembiakan
- masalah kekurangan hormon
- parut atau sumbatan tiub fallopian
- kesan jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- akibat endometriosis
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Anda dinasihati untuk pergi berjumpa dengan kaunselor supaya keharmonian antara anda dan pasangan anda terjamin. Hal ketidaksuburan boleh menyebabkan perselisihan faham antara pasangan jika salah seorang daripada anda kurang faham betapa seriusnya perkara ini. Amat penting untuk anda dan pasangan anda faham bagaimana perkara ini terjadi dan cuba menerangkan dengan baik kepada ibu mertua anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.