
imma2092
5 tahun
Cuba untuk mengandung
Saya wanita berumur 28thn. Saya dalam percubaan untuk mengandung. Saya ada terbaca artikel berkenaan cecair serviks wanita yang membantu sperma menemui telur. Boleh kah doctor terangkan secara lebih detail lagi. Terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diajukan oleh anda. Cecair ataupun dipanggil sebagai ‘mucus’ akan dihasilkan pada masa keseburan dalam setiap wanita untuk membantu dalam proses lubrikasi. Selepas ejakulasi sperma dilakukan , sel sel spema perlu berenang untuk menemui telur di tiub fallopio bagi proses fertilisasi. Hal ini akan dibantu oleh cecair tersebut untuk menyenangkan sel sperma yang harus berenang jauh.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk maklumat yang lanjut. Terima kasih.