
Sulit
5 tahun
Cucuk 3bln & pil perancang
Pada mac 2019 saya mengambil cucuk 3 bln secara paksa oleh doktor kerajaan dengan alasan hendak bagi rahim saya pulih sepenuhnya selepas anak dalam kandungan saya meninggal dalam usia 18 minggu.setelah cukup 3 bulan saya tidak mengambil keadah tersebut di atas faktor yang begitu saya kurang senang.saya tidak datang haid sehingga kini dan tidak jugak mengandung.pada 08.09 saya start makan pil perancang akan tetapi saya mengalami pening,sakit kepala & mual.selama nie memang saya makan pil perancang tetapi tiada masalah.apakah masalah yang saya alami tika nie saya tidak pasti…minta pencerahan doktor…sekian terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Merujuk kepada sakit kepala, maka penyebabnya dapat terdiri daripada beberapa perkara seperti:
- Migraine
- Tension-type headache
- Cluster type headche
Sakit kepala juga boleh disebabkan masalah di dalam struktur otak seperti ketumbuhan barah otak atau kanser, namun ia adalah jarang berlaku. Biasanya masalah sakit kepala yang disebabkan masalah yang lebih serius akan disertai dengan gejala seperti:
- Sawan
- Pening dan muntah
- Kebas
- Bengkak mata atau masalah penglihatan
- Kelemahan atau lumpuh, terutamanya pada satu sisi badan
- Masalah ucapan/ berkata-kata
- Perubahan personaliti
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.