Sulit

3 tahun

Cucuk depo nak bertukar ke pill yasmin

hi doc. saya berumur 23 tahun dah baru melahirkan baby 5 bulan yg lalu secara czer. mula2 saya ingin mengambil iud tetapi doc di kkia tak bagi kerana saya muda lagi. jadi saya mengambil depo. selepas mengambil depo hampir 3 bulan ni, saya mendapati berat badan saya naik terlalu bnyak sehingga mencecah 10kg dan tidak dtg period . jadi, saya ingat bertukar dgan pill yasmin… soalan saya, adakah boleh saya pill yasmin tu? dan macam mana cara mkan pill yasmin ? adakah selamat pill tersebut…

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami keinginan anda untuk menukar kaedah kontraseptif daripada penggunaan suntikan Depo-Provera ke pil perancang Yasmin kerana anda mengalami kenaikan berat badan serta masalah haid tidak teratur ketika menggunakan Depo.

Untuk makluman anda, kenaikan berat badan dan juga tidak kedatangan haid merupakan salah satu kesan sampingan yang biasa dialami oleh pengguna suntikan Depo-Provera. Sekiranya anda ingin menukar ke kaedah pil perancang, kami nasihatkan anda menerima nasihat daripada doktor terlebih dahulu mengenai penggunaan ubat ini serta mendapatkan preskripsi yang sah.

Selalunya, penukaran daripada suntikan Depo ke pil perancang Yasmin adalah dibenarkan. Cara untuk menukar tersebut boleh dilakukan sehari selepas suntikan Depo yang sepatutnya diambil. Bermaksud jika anda telah mengambil suntikan Depo sebelum ini, anda sebolehnya tunggu sehingga suntikan seterusnya, tetapi bukannya mengambil suntikan yang baru tetapi mengambil Pil perancang Yasmin tersebut pada keesokan harinya. Walaubagaimanapun, penukaran tersebut boleh sahaja dilakukan pada bila-bila masa sahaja, cadangan di atas adalah untuk keberkesanan yang maksima.

Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik

Pil Yasmin mempunyai beberapa kesan sampingan yang hampir sama dengan penggunaan Depo-Provera, iaitu:

  • Muntah dan loya
  • Sakit kepala
  • Kembung perut
  • Sakit payu dara
  • Kaki atau lutut bengkak
  • Perubahan berat badan
  • Haid tidak teratur, terutamanya pada bulan pertama menggunakannya.

Jika terdapat sebarang pertanyaan lebih, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Perancangan keluarga penting untuk kesejahteraan rumah tangga. Khidmat nasihat pakar, dapat membantu anda !

download%20(5)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)