
Sulit
3 tahun
Cucuk depo & postinor 2
Hi doktor, saya baru lepas bersalin secara czer dan telah mengambil cucuk depo pada pagi 17/5/21 (hari ke 39 selepas bersalin) dan pada malam 21/5/21 (hari 43 selepas bersalin) saya telah bersama dgn suami? Dan pada 22/5/21 saya telah mengambil postinor 2 sebagai langkah berjaga2… adakah saya masih berpotensi utk hamil?
Oh ye sedikit makluman, ketika saya mengambil cucuk depo saya masih mengalami haid tapi darah saya keluar dlm kuantiti yg sedikit dan berwarna coklat…
Thank u doc!!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk makluman anda, jika anda telah melakukan kaedah perancangan keluarga, terutama sebelum dan sesudah berhubungan seks, maka potensi untuk anda mengandung adalah rendah. Mengenai penggunaan pil perancang kecemasan yang anda ambil, anda boleh tahu bahawasanya ia telah berkesan jika anda didatangi haid seterusnya dan haid anda kelihatan normal.
Akan tetapi, sekiranya anda mengalami tanda-tanda kehamilan seperti muntah, tiada haid pada bulan seterusnya, kembung perut serta perubahan mood, anda digalakkan untuk melakukan ujian untuk kehamilan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih