
Sulit
2 tahun
Cucuk perancang kehamilan
Selamat petang…saya nurul…sy dah cucuk perancnag selama hampir 2 tahun…sekarang masih ambil dan tarikh cucuk akan datang pada 2.9.2019…masalah sy ialah selama ni sy cucuk mmg period xpernah datag…tapi bulan ini…sy ada amalkan minum teh durian belanda dan kapsul rerama…dan pada 6.8.2019 saya datang period dan berlarutan sehingga sekarang 13.8.2019…darah period yang dtg tak banyak tp tak juga sedikit…sy nk tnya adakah normal atau saya ada penyakit…darah xberketul kuar darah fresh dan tak juga hitam…darah biasa…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan puan, kami tidak pasti punca sebenar darah haid puan yang keluar itu. Ia mungkin boleh terjadi disebabkan oleh kesan sampingan dari pengambilan suntikan perancang itu kerana kesan sampingan suntikan ini adalah haid yang tidak teratur atau tiada haid. Masalah ini juga boleh disebabkan oleh kesan sampingan dari pengambilan teh dan kapsul tersebut.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.