
syamimiyasmin2001
5 tahun
Cuping telinga bengkak dan merah
saya lelaki berumur 21 tahun.saya mengalami masalah cuping telinga bengkak dan merah apabila di sentuh sakit. bolehkah doktor terangkan apakah sakit yang saya alami ini. terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan bengkak di cuping telinga anda, terdapat beberapa kemungkinan. Antaranya:
- Benjolan ketumbuhan lemak
- Skin tag (lebihan kulit)
- Jangkitan yang menyebabkan nanah
- Jerawat
Kesakitan boleh timbul dari kebengkakan ini terutamanya jika ia terkena mana-mana saraf di kawasan tersebut. Untuk mengetahui apakah benjolan ini dan punca serta rawatannya, anda perlu merujuk masalah ini dengan lebih lanjut agar maklumat lebih mendalam dan pemeriksaan boleh dijalankan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.