Anonymous
3 tahun
Cuping telinga berubah dan bengkak pada tulang telinga
Saya lelaki berumur 18 . Kira-kira satu tahun saya mengalami masalah telinga ni . Saya sudah cuba pergi ke hospital dan klinik kulit tetapi telinga saya masih dalam keadaan yang sama. Telinga saya sekarang ni mula bengkak pada tulang telinga dan dia merubah bahagian cuping telinga saya. Macam mana ye doktor cara untuk sembuhkan balik tulang telinga saya supaya tidak bengkak dan bolehkah telinga saya kembali seperti asal biasa balik doktor . ? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cuping telinga boleh berubah disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tindik telinga
- alergi
- luka
- nanah
- gigitan serangga
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.