
arynn.afeyy
5 tahun
Cyst Dan Period Tak Teratur
Hi Doc, Saya Berumur 23 Tahun Dan Belum Berumahtangga Lagi. Saya Pernah Check Di Klinik Swasta Tentang Period Saya Yang Tak Teratur. Dan Doc Buat Scan Pada Perut Saya Mengatakan Saya Ada Cyst Disebelah Kiri Ovari. Saya Dah 3 Bulan Tak Datang Period. Hari Tu Saya Saked Perut Sebelah Kiri, Saked Teramat. Saya Pegi Toilet And Check, Ada Darah. Saya Ingatkan Period, Rupanya Bukan. Sehari Tu Je Keluar Darah Masa Perut Saya Saked Teramat. Boleh Doc Terangkan Pada Saya Tak? Sebenarnya Kenapa Dengan Saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan:
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah sindro polisistik ovari
Paras hormon yang berubah-ubah menyebabkan masalah cyst dan haid tidak teratur.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.